Program Bersama Alumni Fakulti Sains


Satu perjumpaan di antara alumni Fakulti Sains yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Pahang (Fakulti Sains & Teknologi Industri, FIST) dan Universiti Teknologi Malaysia (Fakulti Sains, FS), telah diadakan pada hari Selasa 6 Februari 2018 di Dewan Kuliah 2 C17-111.

Program anjuran  Jawatankuasa Alumni Fakulti Sains ini dinamakan sebagai program Perbincangan dan Perkongsian Ilmu Antara Alumni Fakulti Sains dari Fakulti Sains, UTM dan Fakulti Sains & Teknologi Industri, UMP telah dipengerusikan oleh PM Dr Nor Muhainiah Mohd Ali,

Melalui program ini, pihak fakulti khasnya dan JK Alumni FS dapat mengetahui perkembangan alumni Fakulti Sains di Universiti Malaysia Pahang. Selain itu kerjasama antara alumni Fakulti Sains dari Fakulti Sains, UTM dan Fakulti Sains & Industri Teknologi, UMP dari segi pengajaran dan penyelidikan dan pemetaan penyelidikan kluster di UMP dan UTM dapat dijalankan.

Lebih daripada 20 orang alumni telah hadir di perjumpaan ini yang telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Pembangunan, Inovasi, Jaringan dan Komuniti Fakulti Sains.

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *