Kumpulan Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik (K3PM)

sumber: website K3PM

LATAR BELAKANG KUMPULAN

•Peranan Sains Matematik dalam bidang keilmuan dan aplikasi kehidupan tidak dapat disangkal kepentingannya.

•Kegemilangan dalam bidang Sains Matematik boleh mencetus pelbagai inovasi & kreativiti dalam bidang sains dan teknologi yang menjadi penentu aras bagi kepesatan dan kemajuan sesebuah negara.

•Bagi memperkasa Sains Matematik, Jabatan Sains Matematik, UTM telah membentuk sebuah kumpulan bagi memperkasa bidang ilmu ini di peringkat sekolah lagi.

WAWASAN

Untuk menjadi sebuah kumpulan pemantapan pengajaran dan pembelajaran ilmu matematik untuk keperluan guru-guru, pelajar dan komuniti

OBJEKTIF

Guru-guru yang komited mengikuti program yang efektif

Untuk mempromosi kecemerlangan Sains Matematik di sekolah-sekolah melalui program perkongsian ilmu di majlis keilmuan Sains Matematik.

Untuk mewujudkan aprisiasi terhadap ilmu matematik

Untuk menerapkan budaya pembelajaran ilmu matematik sepanjang hayat.

Untuk memantapkan ilmu matematik yang diperlukan dalam pengajaran.

Untuk memantapkan ilmu matematik profesional serta profesionalisme dalam kalangan guru-guru matematik  

Untuk menyediakan bahan bagi mencetuskan kreativiti & inovasi dalam P&P Sains Matematik.

Untuk menonjolkan kepada pihak berwajib mengenai penemuan dan inovasi dalam sains matematik.

MATLAMAT

Untuk membolehkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam sains matematik di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi disamping memberi pengiktirafan kepada guru serta menggembirakan ibu bapa.