Projek ini melibatkan kepakaran dari Universiti Teknologi Malaysia bagi berkongsi kelebihan bidang Sains dan Matematik dalam bentuk khidmat komuniti, di samping mempraktikkan pengetahuan teknikal, kemahiran komunikasi dan kerja berkumpulan. Minat pelajar sekolah dan praktikal mahasiswa akan dinilai dan diperkasa dengan cara yang sistematik menerusi kajian soal selidik, ujian kefahaman, temubual dan refleksi bagi mengkaji impak projek. Projek secara berkala ini, lengkap dengan pemantauan dan modul untuk pihak sekolah gunakan selepas sesi bersama pensyarah dan mahasiswa UTM dapat memberi impak secara berterusan dengan kaedah penilaian yang mesra pelajar dan guru.
Ini adalah sedikit ringkasan program Jelajah Sains.