Science Retreat

Subjek sains adalah satu subjek yang sukar dikuasai oleh pelajar. Apatah lagi subjek sains yang dipelajari di sekolah kebanyakkannya hanya menyentuh teori sahaja manakala aplikasi dalam kehidupan seharian adalah kurang jelas. Akibatnya, jumlah pelajar yang mengikuti jurusan sains di peringkat sekolah menengah mahupun pengajian tinggi semakin berkurang. Banyak usaha sedang dilaksanakan untuk memperbaiki situasi ini, contohnya dengan meningkatkan kemahiran para pendidik subjek STEM. Namun begitu, perhatian perlu juga diberikan kepada golongan pelajar untuk memastikan minat yang berterusan dalam bidang STEM. Program kem ‘Science Retreat’ selama 2 hari dan 1 malam ini akan di anjurkan di UTM untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap pengetahuan dan aplikasi konsep sains. Golongan sasaran bagi program ini terbahagi kepada dua iaitu pelajar di Tingkatan 6 dan Matrikulasi, serta pelajar Tingkatan 5.

Cadangan untuk program ini dijalankan adalah selepas peperiksaan utama bagi setiap golongan sasaran. Antara kaedah pengajaran lebih berkesan berbanding dengan cara pengajaran konvensional adalah berdasarkan konsep‘Project Based Learning’ (PBL). Dalam kaedah PBL, pelajar akan memperoleh pengetahuan dalam proses menyelesaikan sesuatu masalah yang diberi. Kaedah iniakan digunapakai dalam penyediaan modul bagi subjek fizik, kimia dan matematik yang diberi tumpuan dalam program ini.Selain daripada modul yang akan dihasilkan ini, penceramah dari Fakulti Sains, UTM, dan pihak industri akan dijemput untuk memberi ceramah kepada para peserta. Program ini diharap dapat memupuk minat dan penghayatan pelajar terhadap subjek sains. Bagi membuat penilaian terhadap keberkesanan program ini, Satu kaji selidik susulan akan dilakukan untuk melihat jumlah kemasukan pelajar ke dalam jurusan sains pada tahun berikutnya.

Berikut ialah ringkasan program: