STEM Rocks @ Tabika KEMAS

Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah bertujuan membangunkan budaya sains dan teknologi di kalangan komuniti dengan mengupayakan potensi individu yang menguasai pengetahuan dan kemahiran saintifik. Walaupun pendidikan STEM sedang hangat dibincangkan di media massa sebagai pendekatan baru pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak, masih kurang usaha yang ditonjolkan bagi memasukan pendekatan ini di dalam kurikulum pra sekolah sedia ada.

Pendidikan yang berkualiti adalah pendidikan yang boleh menggarap elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan menggalakkan sikap ingin tahu, kreativiti, dan imaginasi kanak-kanak semasa belajar. Maka, STEM @ KEMAS telah dijalankan oleh kami bermula pada tahun 2016. Ini adalah ringkasan synopsis, objektif, hasil pembelajaran dan aktiviti-aktivit yang telah dirancangkan dan dilaksana oleh warga Fakulti Sains.