ENDOWMEN FAKULTI SAINS UTM
π FACULTY OF SCIENCE ENDOWMENT WEEK 2025 π
8 β 13 Disember 2025
Endowmen dengan kepedulian: Menyubur Sains, Membentuk Masa Depan
Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran FS Endowment Week 2025, yang bakal berlangsung dari 8 hingga 13 Disember 2025.
Program ini bertujuan untuk memupuk budaya memberi dan kepedulian komuniti terhadap pembangunan sains dan pendidikan, di samping mengukuhkan tabung endowmen fakulti bagi menyokong pelajar, penyelidikan serta inisiatif kebajikan warga Fakulti Sains.
Sepanjang minggu tersebut, pelbagai program menarik akan diadakan termasuk:
πββοΈ FS Endowment Fun Run 2025
π Scholar4U, Laptop4U, Fund4U & Kupon4U Initiatives
π‘ Pameran dan aktiviti amal endowmen
π€ Forum dan perkongsian inspirasi bersama alumni dan rakan industri
Marilah bersama-sama menyumbang dan menjayakan inisiatif ini demi kelangsungan ilmu dan kesejahteraan masa depan.
π MOHON SUMBANGAN: FS ENDOWMENT WEEK 2025
Endowmen dengan kepedulian: Menyubur Sains, Membentuk Masa Depan
Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyeru seluruh warga kampus, alumni, dan masyarakat untuk bersama menyokong inisiatif FS Endowment Week 2025 β satu usaha berterusan bagi memperkukuh dana endowmen fakulti demi kelestarian pendidikan dan kesejahteraan pelajar.
Sumbangan anda akan membantu:
π Menyokong pelajar melalui program kebajikan seperti Scholar4U, Laptop4U, Fund4U dan Kupon4U.
π¬ Memperkasa penyelidikan, inovasi dan pembangunan bakat di Fakulti Sains.
π± Memupuk budaya memberi dan kepedulian komuniti terhadap masa depan sains negara.
π³ Salurkan sumbangan anda ke akaun berikut:
RHB Islamic Bank
No. Akaun: 25108500007362
Nama Akaun: Universiti Teknologi Malaysia
Rujukan: FS ENDOWMENT WEEK 2025
Atau melalui cek atas nama βUniversiti Teknologi Malaysiaβ dengan rujukan yang sama.
π Pengecualian cukai: Di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 (LHDN).
β¨ βSedekah itu tidaklah mengurangi harta.β β (HR Muslim)
Mari bersama kita menyubur sains dan membentuk masa depan melalui sumbangan yang bermakna hari ini.
Email maklumat endowmen anda kepada: tdppi.fs@utm.my – Prof Madya Dr Nik Ahmad Nizam Nik Malek (Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan))
π FS ENDOWMENT FUN RUN 2025 π
Bersempena dengan FS Endowment Week 2025
Sertai acara larian santai tahunan FS Endowment Fun Run 2025, dianjurkan oleh Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)!
Ayuh bersama-sama menyemarakkan semangat kesihatan, kebersamaan dan kebajikan sambil menyokong dana endowmen fakulti.
πββοΈ Kategori: 5 KM
π Titik Permulaan: Dataran Sains, Blok C17, Fakulti Sains, UTM
ποΈ Tarikh: Sabtu, 13 Disember 2025
π Masa: 7.00 pagi β 11.00 pagi
π° Yuran Penyertaan: RM50 sahaja
(termasuk T-shirt eksklusif, medal dan bib)
π― Terhad kepada 300 peserta sahaja!
π
Tarikh tutup pendaftaran: 15 November 2025
Daftar segera dengan mengimbas kod QR di bawah untuk memastikan tempat anda!
π Sebarang pertanyaan, hubungi:
-
Mr. Wan Faizal Wan Ahmad (011-3296 8856)
-
Mr. Mohd Faizz Mohamad Fuad (012-643 5138)
-
Mrs. Farah Wahida Zaimudin (013-620 1673)
-
Mrs. Suhaidah Suleiman (012-749 4494)
Marilah bersama kita berlari untuk tujuan murni β sokong FS Endowment, sokong masa depan pendidikan!
Pengenalan Berkaitan Endowmen
Endowmen merujuk kepada dana atau aset yang disumbangkan kepada institusi, biasanya untuk tujuan jangka panjang seperti pendidikan, penyelidikan, atau kebajikan. Dana ini biasanya dilaburkan, dan hasil daripada pelaburan tersebut digunakan untuk membiayai program atau aktiviti tertentu.
Dalam konteks Tabung Endowmen Fakulti Sains UTM, sumbangan yang diberikan akan dikumpulkan dalam tabung khas dan digunakan bagi membantu pelajar yang memerlukan, menyokong inisiatif akademik, atau membiayai program kebajikan serta pembangunan fakulti. Ia adalah cara untuk memastikan sumber kewangan berterusan dan dapat memberi manfaat dalam jangka panjang.
π Kempen Sumbangan Tabung Endowmen Fakulti Sains UTM π
π’ Bersama kita membantu, bersama kita menyokong!
π Buka peluang, ringankan beban!
Kini staf UTM boleh membuat sumbangan secara berterusan melalui potongan gaji serendah RM5.00 sebulan.
π° Keistimewaan untuk penyumbang:
β
Pengecualian cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (LHDN).
β
Menyokong pendidikan pelajar yang memerlukan.
π― Antara inisiatif yang telah dijalankan:
πΉ Pinjaman Komputer Riba untuk pelajar B40 Fakulti Sains.
πΉ Skim Bantuan Kewangan Pelajar.
β¨ Bersama kita realisasikan lebih banyak program bantuan untuk pelajar Fakulti Sains!
π Jom menyumbang hari ini!
Dana Endowmen Fakulti Sains UTM Ringankan Beban 58 Pelajar Melalui Skim Fund4U@FSUTM
JOHOR BAHRU, 1 April 2025 β Seramai 58 pelajar Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima bantuan kewangan di bawah skim Fund4U@FSUTM, satu inisiatif kebajikan daripada Dana Endowmen Fakulti Sains UTM yang bertujuan meringankan beban pelajar...
Oscar of Mathematicians 2025 Raikan Kecemerlangan Pelajar dengan Sokongan Dana Endowmen Fakulti Sains
JOHOR BAHRU, 16 Mei 2025 β Program Oscar of Mathematicians 2025 anjuran Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Inderaputera, Pulai Spring Resort. Program ini diadakan bagi meraikan...
Bionight 2025 Semarak Penghargaan dan Kecemerlangan Pelajar dengan Sokongan Dana Endowmen Fakulti Sains
JOHOR BAHRU, 21 Jun 2025 β Program Bionight 2025, anjuran Jabatan Biosains, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kelab Symbiosis, telah berlangsung dengan penuh gemilang di Dewan Inderaputra, Pulai Spring Resort, Johor. Majlis makan...
Sumbangan Staf Pacu Majlis Apresiasi Kimia 2025: Komitmen Menyemai Budaya Kecemerlangan Pelajar
Senai, 13 Jun 2025 β Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi membuktikan komitmen tinggi dalam mengangkat kecemerlangan pelajar melalui penganjuran Majlis Apresiasi Kimia 2025 yang telah berlangsung dengan penuh gemilang di...
The Grand Physics Night 2025 Serikan Penghargaan Graduan Fizik
Senai, 31 Mei 2025 β Program The Grand Physics Night 2025 anjuran Jawatankuasa Kelab Pelajar Fizik (JKPP) Jabatan Fizik, Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berlangsung dengan penuh meriah di Le Grandeur Palm Resort Johor. Majlis ini diadakan bagi...
Prihatin dan Peduli: Fakulti Sains Turun Padang Hulur Bantuan Endowmen kepada Pelajar Terjejas Banjir
JOHOR BAHRU, 23 April 2025 β Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap kebajikan pelajar, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan lawatan kebajikan ke rumah Nur Huwaida Imran, pelajar program Sarjana Muda Sains (Biologi...
Endowmen Fakulti Sains UTM: Menyemai Budaya Kesyukuran dan Menyuburkan Kecemerlangan
JOHOR BAHRU, 2025 β Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuh budaya memberi dan berkongsi melalui inisiatif Dana Endowmen Fakulti Sains, yang diwujudkan bagi menyokong pembangunan pelajar, kecemerlangan akademik serta aktiviti berimpak...
Fakulti Sains Anjur Fiesta Endowmen bagi Menggalakkan Sumbangan Staf
Johor Bahru, 2 Januari 2022 β Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Fiesta Endowmen sebagai usaha untuk menggalakkan lebih ramai staf menyumbang ke Tabung Endowmen Fakulti Sains (FS). Bagi memudahkan penyertaan staf, pihak fakulti telah...
Majlis Penyerahan Komputer Riba Kepada Pelajar B40 Fakulti Sains UTM
Johor Bahru, 2 November 2021 β Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus komited dalam menyokong kebajikan pelajar dengan mengadakan Majlis Penyerahan Komputer Riba kepada Pelajar B40 Fakulti Sains. Program ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Endowmen...
