+607-5534043 / 34046 / 33542

TABUNG ENDOWMEN
FAKULTI SAINS

Fiesta Endowmen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa Fakulti Sains akan menganjurkan Fiesta Endowmen bagi menggalakkan staf-staf menyumbang ke tabung endowmen FS. Justeru itu, pihak fakulti akan membuka kaunter di Blok C17 dan Blok T02 bagi memudahkan urusan rakan-rakan Fakulti turut sama menyumbang ke tabung ini seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 2 Januari 2022
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Kaunter :
Blok C17 (Pejabat Pentadbiran)
Blok T02 (Kaunter Lobby)

Kaunter ini dibuka bagi memudahkan rakan-rakan Fakulti mengisi borang sumbangan endowmen secara potongan gaji atau one-off.

Hadiah menarik juga bakal diperolehi bagi staf yang hadir ke kaunter dan mengisi borang sumbangan tersebut.

Semoga usaha ini dapat memberi manfaat dan bersama-sama kita menggalakkan lebih ramai staf menyumbang kepada tabung endowmen FS.

Sekian, terima kasih.

Pengurusan & Pentadbiran
Fakulti Sains