MENGENAI KAMI

Unit Penyelenggaraan Makmal, Fakulti Sains telah di wujudkan oleh Pengurus Makmal Fakulti Sains bagi menguruskan atau merancang proses pembaikan ke atas masalah-masalah berkaitan penyenggaraan peralatan di dalam makmal di Fakulti Sains.

Penyenggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk menjaga dan mengawalselia peralatan, kemudahan, kelengkapan dan perkhidmatan (services) dalam makmal bagi memenuhi piawaian semasa, mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti kemudahan serta selamat digunakan.

Dengan berlatar belakangkan dalam bidang teknikal seperti Elektikal, Mekanikal dan ICT, Unit Penyelenggaraan Makmal Fakulti Sains akan menggunakan segala kepakaran yang ada dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan.