Hari Keluarga JSM

PENGENALAN
HKJSM 2018

HKJSM 2015

HKJSM 2013

Coretan HJKSM

Senarai Lokasi

Hari Keluarga JSM merupakan salah satu aktiviti rasmi JSM bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua staf JSM. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individual, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Adalah menjadi harapan setiap warga JSM agar sambutan Hari Keluarga JSM ini barjalan lancar dan berjaya mencapai objektifnya.

Objektif penganjuran program ini antara lain memfokuskan kepada:

  • Memberikan ruang kepada staf JSM untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang.
  • Sebagai landasan untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan staf dan ahli keluarga JSM
  • Membuka minda dan kesedaran terhadap pasangan staf untuk sama-sama menyumbang kearah peningkatan mutu kerja.
  • Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
  • Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf JSM sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.
HKJSM2
Hari Keluarga Jabatan Sains Matematik