Jelajah Sains (JS), ialah sebuah program pembelajaran servis berkonsepkan mentor-mentee STEM anjuran Fakulti Sains, UTM. JS selaras dengan inisiatif National STEM Movement, termasuk menyokong usaha kerajaan yang mensasarkan nisbah 60 : 40 bagi Sains/Teknikal : Seni dalam pendidikan negara.
Pertama kali dilaksanakan pada 2017, JS merangkumi 3 siri iaitu JS 1.0 (8-11 Mei 2017) di sekolah-sekolah yang terlibat, JS 2.0 (20 Julai 2017) di UniKL MITEC Pasir Gudang dan JS 3.0 (1 Oktober 2017) di Fakulti Sains, UTM.
JS disertai oleh 700 pelajar tingkatan 1 dan 21 guru STEM dari 7 sekolah di Johor dengan modul yang dibangunkan oleh fasilitator dan mentor sendiri yang terdiri daripada 219 mahasiswa dan 51 pensyarah UTM.
JS adalah sebuah usahasama Fakulti Sains, UTM dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dan Centre for Engineering Education (CEE) UTM.
Objektif Jelajah Sains
- Memperkasa pengetahuan STEM dan kemahiran STEM kepada mentee melalui selian khusus oleh mentor.
- Mengubah persepsi mentee terhadap pembelajaran STEM.
- Meningkatkan kesedaran tentang keperluan dan masa depan STEM terhadap mentee.
![]() Pelajar menerima Dunia Sains, sebuah diari yang diberikan untuk tujuan ekplorasi Sains selepas Jelajah Sains 1.0 tamat. |
![]() Di salah sebuah sekolah, SMK Taman Universiti 2 |
![]() Antara aktiviti interaktif Matematik |
![]() Antara demonstrasi sains – Fizik. Para pelajar mencuba sendiri beberapa demonstrasi sains |