
JOHOR BAHRU, 19 Ogos – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjalin kerjasama strategik dengan Nufiya Empire Sdn. Bhd. melalui pemeteraian Research and Development Collaboration Agreement (RCA) bagi melaksanakan projek penyelidikan bertajuk “Investigating and Reformulating Food Supplement towards Prolactin Production.”
Majlis pertukaran dokumen kerjasama telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru. Pertukaran dokumen disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Rosli Md Illias, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Nufiya Empire Sdn. Bhd., Pn. Nurhidayah Suhaimi, dengan disaksikan oleh pengurusan kanan kedua-dua pihak