Johor Bahru, 5 October 2024 & 5 August 2025 – The Faculty of Science, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), continues to demonstrate its commitment to community engagement through a dynamic Knowledge Transfer Program (KTP) that brings science directly into the classroom. Led by Associate Professor Dr. Lee Siew Ling, the initiative titled “Knowledge Transfer Program on STEM in Primary Schools (Science Camp)” was carried out in collaboration with SJK(C) Woon Hwa, Kangkar Pulai.

The program, which ran from 15 January 2024 to 31 August 2025, was supported by UTM KTP@Fakulti with a modest funding of RM1,600. Despite the limited budget, the initiative successfully introduced hands-on STEM education to young learners, with the aim of sparking curiosity and building foundational science skills at the primary level.

The flagship event, Science Camp 2024, held on 5 October 2024, saw UTM facilitators guiding students through a series of engaging science experiments. This was followed by the Mini Science Camp 2025 on 5 August 2025, where Year 6 student facilitators mentored younger peers in conducting basic scientific investigations. Both sessions included demonstrations, quizzes, and vibrant Q&A interactions, culminating in group photography and a certificate presentation ceremony by the headmaster of SJK(C) Woon Hwa.

A special training course was also conducted for student facilitators on 1 August 2025, equipping them with the necessary communication and presentation skills to support the camp activities.

The program was made possible through the collective effort of a dedicated team of UTM academic and administrative staff, including Assoc. Prof. Ts. ChM. Dr. Nik Ahmad Nizam Nik Malek (Program Advisor), Assoc. Prof. ChM. Dr. See Hong Heng, Dr. Koh Meng Hock, Dr. Roswanira Abd Wahab, and many others who played pivotal roles in logistics, sponsorship, technical support, and publicity.

This KTP initiative not only empowered primary school students with early exposure to STEM but also fostered leadership, collaboration, and community outreach among UTM undergraduate and postgraduate students involved as facilitators.

The success of the Science Camp reflects UTM’s broader mission to cultivate a scientifically literate society, strengthen university-school partnerships, and make science fun and accessible for all.

To explore more impactful outreach programs, visit https://science.utm.my/utmfsresearch/.


UTM Hidupkan Pembelajaran Sains di Sekolah Rendah Melalui Program Pemindahan Pengetahuan STEM

Johor Bahru, 5 Oktober 2024 & 5 Ogos 2025 – Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus menunjukkan komitmen dalam memperkasakan pendidikan komuniti melalui pelaksanaan Program Pemindahan Pengetahuan (KTP) yang membawa ilmu sains secara langsung ke bilik darjah sekolah rendah. Diketuai oleh Prof. Madya Dr. Lee Siew Ling, program bertajuk “Program Pemindahan Pengetahuan Berkaitan STEM di Sekolah Rendah (Science Camp)” ini dijalankan dengan kerjasama SJK(C) Woon Hwa, Kangkar Pulai.

Program ini berlangsung dari 15 Januari 2024 hingga 31 Ogos 2025, dengan tajaan dana sebanyak RM1,600 di bawah inisiatif UTM KTP@Fakulti. Walaupun dengan dana yang terhad, program ini berjaya menyampaikan pendidikan STEM secara amali kepada murid-murid sekolah rendah dengan objektif untuk membangkitkan minat terhadap sains sejak usia muda.

Program utama, Science Camp 2024, yang diadakan pada 5 Oktober 2024, menyaksikan fasilitator dari UTM membimbing pelajar menjalankan pelbagai eksperimen sains yang menarik. Ia diikuti dengan Mini Science Camp 2025 pada 5 Ogos 2025, di mana fasilitator daripada kalangan murid Tahun 6 pula membantu adik-adik mereka dalam aktiviti eksperimen asas. Kedua-dua sesi turut diserikan dengan demonstrasi, kuiz serta sesi soal jawab interaktif, sebelum diakhiri dengan sesi fotografi berkumpulan dan penyampaian sijil penghargaan oleh Guru Besar SJK(C) Woon Hwa.

Sebelum pelaksanaan Mini Camp, satu sesi taklimat dan latihan khas turut diadakan pada 1 Ogos 2025 untuk melatih fasilitator pelajar agar lebih bersedia dalam aspek komunikasi dan penyampaian semasa aktiviti berlangsung.

Kejayaan program ini adalah hasil kerjasama pasukan UTM yang terdiri daripada tenaga akademik dan pentadbiran seperti Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Nik Ahmad Nizam Nik Malek (Penasihat Program), Prof. Madya ChM. Dr. See Hong Heng, Dr. Koh Meng Hock, Dr. Roswanira Abd Wahab dan ramai lagi yang memainkan peranan penting dalam aspek logistik, penajaan, teknikal dan publisiti.

Melalui KTP ini, pelajar sekolah rendah bukan sahaja didedahkan kepada ilmu STEM secara menyeronokkan, tetapi pelajar prasiswazah dan pascasiswazah UTM yang terlibat sebagai fasilitator turut memperoleh kemahiran kepimpinan, kolaborasi dan pembangunan sahsiah.

Kejayaan Science Camp ini selari dengan misi UTM untuk membentuk masyarakat celik sains, memperkukuh kerjasama universiti dan sekolah, serta menjadikan sains mudah difahami dan menyeronokkan.

Untuk mengetahui lebih banyak program jangkauan komuniti yang memberi impak, sila lawati https://science.utm.my/utmfsresearch/.

UTM Open Day