π ODISI MALAR HIJAU
Buku Interaktif Bertemakan Alam Sekitar & E-Waste
Odisi Malar Hijau merupakan sebuah buku interaktif yang diinspirasikan daripada program Recycle E-Waste: Innovate Solutions. Buku ini diolah khas untuk golongan muda agar mereka dapat memahami isu pencemaran elektronik melalui pendekatan kreatif dan menghiburkan.
Melalui kisah menarik tentang sekumpulan rakan iaitu Adam, Aina, Din dan Yen yang menetap di Pulau Hijau, pembaca akan dibawa menyelusuri cabaran dalam menjaga kebersihan alam sekitar dan menguruskan sisa elektronik dengan bijak. Watak-watak comel seperti Cikgu Ani, Kogi, Prof. Kiki, Dr. Rin, dan Dr. Jay turut menceriakan lagi perjalanan cerita ini.
β¨ Tujuan dan Kandungan Utama:
-
Menggalakkan amalan kitar semula sisa elektronik (e-waste) dalam kalangan pelajar dan komuniti.
-
Menyemai kesedaran tentang kelestarian alam sekitar menerusi aktiviti dan penceritaan berilustrasi.
-
Mengintegrasikan nilai STEM dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4, 11, 12, dan 13) dalam bahan pendidikan.
π Fakta Menarik:
-
Buku ini adalah hasil inisiatif pensyarah dan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui projek komuniti KTP-IC (Knowledge Transfer Programme).
-
Disokong oleh Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) serta kolaborasi bersama rakan industri termasuk:
-
ERTH (Blue Bee Technologies Sdn. Bhd.)
-
Chumbaka
-
SMK Bandar Baru Uda
-
-
Ilustrasi menarik oleh: Apix Iskandar
π©βπ« Ditulis oleh:
-
Siti Salwa Alias
-
Nurβain Balqis Haladin
-
Tin Qi Jie
-
Aina Zahira Rohaizam
