+607-553 4048 fslabmanagement@utm.my

 


Pusat Perkhidmatan Analisis Jabatan Kimia (PPA), Fakulti Sains telah selesai melaksanakan sesi Audit Akreditasi Makmal MS ISO/IEC 17025 (Laboratory Accreditation) peringkat pertama (kualiti dokumen) oleh pihak SIRIM yang berlangsung selama sehari pada 22 Januari 2018. Sesi audit telah dijalankan oleh seorang Juruaudit dari SIRIM iaitu En. Pua Hiang.

Pihak PPA diketuai oleh Prof Dr. Wan Azelee Wan Abu Bakar (Timbalan Dekan Research, Innovation, Commercialization & Network),  PM Dr. Zaiton Majid (Ketua Jabatan Kimia) dan Dr Shajarahtunnur Jamil (Pengurus Kualiti) dengan dibantu oleh pensyarah dan staf PPA yang lain.

Kejayaan kelulusan audit ini adalah penting bagi Fakulti Sains untuk memberi keyakinan dan kepercayaan kepada pelanggan akan kemampuan dan kualiti servis yang baik yang dapat diberikan oleh PPA.  Audit melihat kualiti daripada tiga bahagian: (1) dokumen, (2) latihan dan (3) teknikal selaras dengan keperluan MS ISO/IEC 17025. Selepas sesi audit dokumen (serta pembaikan), pihak SIRIM akan datang lagi bagi melihat bahagian latihan dan teknikal pula.

Usaha mendapatkan sijil MS ISO/IEC 17025 bagi tujuan akreditasi oleh SIRIM adalah pertama kali dijalankan oleh PPA. Semoga berjaya!