Dr. Siti Salwa dan Dr. Nor Ain daripada Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), telah menyertai program EDUtech Asia di Singapura dari 4 hingga 7 November 2024. Program ini merupakan persidangan terbesar di Asia untuk pendidik dan teknologi pendidikan, dianjurkan oleh National STEM Association. Kehadiran mereka menandakan penglibatan aktif UTM dalam bidang pendidikan STEM serta teknologi pendidikan di peringkat antarabangsa. Dengan menyertai acara ini, Dr. Siti Salwa dan Dr. Nor Ain berpeluang untuk bertukar idea dengan pendidik dan pakar teknologi pendidikan dari pelbagai negara, sambil mendapatkan inspirasi dan pengetahuan terkini untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan penyelidikan di UTM.

Inisiatif ini juga memperkukuhkan komitmen Jabatan Fizik, Fakulti Sains dalam memajukan pendidikan STEM di Malaysia melalui penglibatan dalam program-program antarabangsa.

NSA Insight Tour: EDUtech Asia 2024; Science Centre Singapore

JOHOR BAHRU, Nov 6 – 32 educators from various higher-educational institutions in Malaysia including Universiti Teknologi Malaysia (UTM) researchers joined a day trip to EDUtech Asia 2024 and Science Centre Singapore. This program was organised by National STEM Association (NSA) with the missions to enrich the continuous professional development, besides provides a valuable opportunity to explore innovative teaching and learning practices. Additionally, this event is designed to immerse educators in the latest advancements in science, technology, engineering and mathematics (STEM) education and EdTech.