



Sekolahku, Universitiku.
Fakulti Sains telah menerima lawatan pendidikan STEM daripada guru dan pelajar SMK Dato’ Syed Esa, Batu Pahat pada 10-11 November 2019.
Program ini bertujuan menyediakan kerangka fikir dan kefahaman pelajar sekolah bagi persiapan memasuki fasa pendidikan tinggi dalam bidang STEM.




Apa itu Stem Day
STEM Day ialah sebuah program berbentuk festival ilmiah yang mempromosi dan memperkasakan pendidikan STEM khususnya di negeri Johor melalui pelbagai aktiviti seperti pameran, demonstrasi, permainan, pertandingan, ceramah, forum dan bengkel, yang terbuka kepada orang ramai.
Pada tahun ini, STEM Day 2018 dianjurkan buat kali kedua bersempena dengan Iskandar Learning Festival 2018 (ILF2018) yang akan berlangsung daripada 2 hingga 16 Ogos 2018, anjuran Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dengan kerjasama Fakulti Sains UTM dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ). STEM Day 2018 akan berlangsung pada 7 Ogos 2018 di Sutera Mall, Johor Bahru.
STEM Day turut bertujuan untuk menarik minat pelajar terhadap STEM dan mendedahkan kepada mereka tentang hala tuju bidang ini, selain daripada meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek berkaitan STEM.
Turut bekerjasama pada STEM Day 2018 ialah UniKL MITEC Pasir Gudang, Johor, UiTM Pasir Gudang, Johor, MyLibrary Sutera Mall, Telaga Biru Education dan Centre for Engineering Education UTM serta Centre for Community and Industri Network (CCIN) UTM.
Nantikan lebih perkongsian di sini. Jumpa nanti!


Last Updated : 26 Nov 2019