JOHOR BAHRU, 21 Okt – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pejabat Persekitaran, Keselamatan, dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Tenaga Atom bagi menggalakkan perkongsian kepakaran serta mempromosikan kerjasama dalam penyelidikan akademik yang berkaitan keselamatan, sekuriti, dan kawalgunaan tenaga atom serta bidang  lain yang berkenaan.

Majlis penandatanganan MoU disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim dan Timbalan Ketua Pengarah Atom Malaysia, Ts. Ibrahim Muhamad sambil disaksikan oleh Pengarah, Pejabat OSHE UTM, Dr. Mohd Fa’iz Ahmad dan Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), En. Abdullah Daud.