JEMPUTAN MENGHADIRI KURSUS NETWORK SWITCH OPERATIONS KNOWLEDGE TRANSFER (BASIC TRAINING)
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak UTMDigital dengan kerjasama Aqil Applied (M) Sdn. Bhd. akan menganjurkan kursus /latihan asas berkaitan suis rangkaian termasuk aspek implementasi projek, pendekatan pelaksanaan serta tanggungjawab semua pihak yang terlibat. Sehubungan itu saudara/saudari adalah dijemput hadir sebagaimana butiran berikut:
Tarikh: 5 Februari 2026 (Khamis)
Masa : 8:00 pagi – 5:00 petang
Lokasi: Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, UTMDigital
Penganjur : Aqil Applied (M) Sdn. Bhd.
Tentatif Program : Seperti lampiran
Semoga dengan komitmen jitu dari saudara/saudari perkara ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif seperti yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pegawai bertanggungjawab seperti berikut: En. Wan Mat bin Wan Sulaiman (019-7744169 atau wmat@utm.my).Kerjasama dan perhatian yang diberikan dalam perkara ini amat diharapkan dan dihargai.