PEMASANGAN PERISIAN ANTIVIRUS TREND MICRO VISION ONE DI PERANTI RASMI UTM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Sejajar dengan usaha berterusan universiti dalam memperkukuh tahap keselamatan siber, pihak pengurusan menyarankan semua staf untuk memasang perisian antivirus Trend Micro Vision One pada komputer dan peranti rasmi masing-masing.Langkah ini amat kritikal bagi memastikan aset digital universiti sentiasa dilindungi. Perisian ini menawarkan pelbagai kelebihan, antaranya:· Perlindungan menyeluruh daripada ancaman virus, malware, dan ransomware.
· Pengesanan ancaman siber secara masa nyata (real-time threat detection).
· Beroperasi secara automatik di latar belakang tanpa menjejaskan kelancaran tugas harian anda.
Tindakan yang diperlukan:
Mohon kerjasama YBhg. Prof./Megat/Dr./Tuan/Puan untuk merujuk kepada fail “Manual Guide_Installation_TrendMicro_V1.1.pdf” yang dilampirkan bersama email ini bagi panduan pemasangan langkah demi langkah. Anda juga boleh merujuk poster hebahan di bawah untuk ringkasan maklumat.Kerjasama dan keprihatinan YBhg. Prof./Megat/Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan inisiatif keselamatan siber ini amatlah dihargai demi melindungi aset dan data digital Universiti Teknologi Malaysia.
Sekian, terima kasih.”Menginovasi Penyelesaian Lestari”
Antivirus Trend Micro
Our most comprehensive protection yet!
Enhanced web threat protection
Fraud Buster protects webmail from phishing and online scams
Gamer-friendly Mute Mode temporarily stops notifications
Secure Your Connection
Block viruses, spyware, and other malicious software, so you can enjoy your digital life safely.
Stop Cybercriminal From Taking Your Data
Protect against the newest types of attacks, including ransomware, which can encrypt your data
Clear and Simple To Use
Intuitive settings and clear status reports make safety simple.