Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains dengan kerjasama UTM-Centre for Industrial and Applied Mathematics (UTM-CIAM), Universiti Teknologi Malaysia akan menganjurkan International Seminar on Mathematics in Industry 2026 (ISMI2026) serta menampilkan Malaysia-Japan Symposium on Mathematical Sciences and Mathematics in Industry (MJSMSM) 2026 pada 2 hingga 3 September 2026.
- Sehubungan dengan itu, saudara adalah diarahkan untuk bertugas bagi membantu persiapan, pelaksanaan dan kelancaran program-program tersebut mengikut ketetapan berikut:
TARIKH : 1 HINGGA 3 SEPTEMBER 2026
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : PULAI SPRINGS RESORT, JOHOR BAHRU, JOHOR
TUJUAN : PERSIAPAN, RAPTAI DAN PELAKSANAAN
- 1 September 2026 merupakan hari persiapan dan raptai bagi memastikan segala keperluan teknikal, logistik, pengurusan peserta serta perjalanan program berada dalam keadaan teratur sebelum program berlangsung pada 2 dan 3 September 2026.
- Saudara hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pihak urus setia dari semasa ke semasa, termasuk membantu dalam aspek persiapan tempat, pendaftaran peserta, pengurusan sesi, teknikal, logistik, pengurusan tetamu dan peserta serta tugasan lain yang berkaitan.
Segala perhatian, kerjasama dan sumbangan saudara dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
”MALAYSIA MADANI”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH”
Saya yang menjalankan amanah,
T.T
(DR. NORAZLINA ISMAIL)
Ketua Jabatan
Jabatan Sains Matematik
Fakulti Sains,
UTM Johor Bahru
b.p. Dekan