SUSTAINABILITY@FS

Laman Web Lestari Fakulti Sains

What are the Sustainable Development Goals (SDG)?

The Sustainable Development Goals (SDGs), also known as the Global Goals, were adopted by the United Nations in 2015 as a universal call to action to end poverty, protect the planet, and ensure that by 2030 all people enjoy peace and prosperity. The 17 SDGs are integrated—they recognize that action in one area will affect outcomes in others, and that development must balance social, economic and environmental sustainability.

The achievement of the Sustainable Development Goals by 2030 will require all hands-on deck, including from higher education. Faculty Science is committed to support UTM in this endavour. 

Read more

POLISI PELESTARIAN KAMPUS
PERNYATAAN POLISI

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berhasrat menjadi model sebuah masyarakat lestari mengikut keupayaannya tersendiri dengan:

I. Mensejajarkan pelan strategik universiti dengan pelaksanaan Sustainable Development Goals (SDGs), menerusi pendekatan ekosistem lestari untuk memenuhi keperluan setempat;
II. Mengamalkan reka bentuk sejagat dan pelaksanaan inisiatif lestari melalui satu rangka kerja pembangunan lestari universiti;
III. Mengoptimumkan penggunaan sumber dan peralihan kepada tenaga lestari untuk mencapai kos yang efektif;
IV. Mengurus bahan buangan, makanan, dan air dengan lestari untuk menyokong pelaksanaan SDGs;
V. Mengurus kewangan universiti secara lestari dan menentukan keutamaan kewangan bagi kelancaran pelaksanaan pelestarian kampus;
VI. Mengurangkan pencemaran udara, air, tumbuhan dan penghasilan awan panas serta bahan buangan melalui pengurangan penggunaan bahan api fosil dan pencemaran lain secara berkesan;
VII. Meminimumkan pembuangan sampah dan memaksimumkan pemprosesan sampah yang berkesan;
VIII. Menghayati konsep kitar semula dan menjayakan inisiatif Waste-to-Wealth dan Fork-to-Farm;
IX. Memaksimumkan penggunaan ruang dan memelihara biodiversiti serta menggalakkan aktiviti perlindungan alam sekitar;
X. Memulihara ekosistem dan landskap semula jadi di kampus untuk mencapai ekosistem lestari;
XI. Mengekalkan elemen seni bina dan nilai warisan kampus;
XII. Membudayakan nilai dan pemikiran lestari dalam ekosistem kampus menerusi perancangan Pelestarian Kampus;
XIII. Memperkasa sistem pengangkutan lestari dan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor;
XIV. Mempromosikan semangat kesukarelawanan, gaya hidup kehidupan dan responsif kepada konteks tempatan, demi pembangunan masyarakat lestari;
XV. Menegakkan integriti dan akauntabiliti dalam aktiviti kesukarelawanan dan keterlibatan berterusan dengan semua pihak;
XVI. Membudayakan gaya hidup sihat dan meningkatkan kesejahteraan rohani dalam persekitaran yang selamat dan kondusif.


16 Ogos 2020
Pejabat Pelestarian Kampus
Universiti Teknologi Malaysia