+607-5534043 / 34046 / 33542 fsitservice@utm.my
 

 
 

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh & Selamat Sejahtera, 

YBrs. Prof./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan, 

Dimaklumkan bahawa Pejabat Pascasiswazah (PGO) Fakulti Sains akan mengadakan Bengkel Semakan dan Pengemaskinian Maklumat Akademik Pascasiswazah di Laman Sesawang FS seperti butiran berikut: 


Tarikh: 20 Mac 2025 (Khamis)
Masa: 9.30am – 12.30pm
Tempat: UTM Helixs, Block C17 Fakulti Sains
Jabatan yang terlibat: Fizik & Kimia

Sehubungan dengan itu, YBrs. Prof./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk menghadiri ke sesi ini. 

Sebagai makluman, pihak PGO menjemput YBrs. Prof./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan ke sesi ini adalah berdasarkan kepada pelantikan YBrs. Prof./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan sebagai Jawatankuasa Web dan Media Sosial di peringkat Jabatan. 

Dokumen bengkel ini boleh diakses melalui pautan ini (Link) untuk semakan dan tindakan selanjutnya. 

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.