+607-5534043 / 34046 / 33542 fsitservice@utm.my

PENGENALAN

Unit Sokongan Teknikal merupakan satu department yang telah diwujudkan di Fakulti Sains UTM Skudai Johor. Peranan unit sokongan Teknikal adalah menyediakan perkhidmatan teknikal, perolehan, pengagihan dan pengurusan peralatan ICT. Selain itu, ia juga berfungsi dalam menguruskan aset , pengurusan laman web dan multimedia.

OBJEKTIF

Penubuhannya dalam memastikan peralatan ICT, penyelenggaraan dan bantuan teknikal dalam keadaan sedia guna bagi menyokong pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan inovasi, produktiviti pentadbiran dan pengurusan fakulti. Unit ini juga perlu mengenalpasti keperluan beserta merancang perolehan peralatan ICT. Di sudut lain, unit ini akan mengurus segala keperluan, permohonan laman web rasmi dan multimedia.

 SKOP

1.Baikpulih Pc Dekstop dan Laptop

2.Pembangunan Laman Web Fakulti

3.Ujilari perisian dan peralatan IT terbaru

4.Networking

TUJUAN

Unit Sokongan Teknikal menyediakan perkhidmatan seperti berikut;

  1. Menguruskan permohonan baru/penggantian dan penyelenggaraan peralatan ICT .
  2. Menguruskan Penyelenggaraan berkala peralatan ICT Fakulti Sains.
  3. Menguruskan permohonan baru/penyelenggaraan dan website fakulti.
  4. Menguruskan permohonan multimedia untuk acara rasmi Fakulti Sains.
  5. Menguruskan aset dari segi pemantauan, polisi dan dokumentasi.