
Dimaklumkan bahawa Bengkel Pengemaskinian Maklumat Akademik Pascasiswazah di Laman Sesawang Fakulti Sains akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 30 Mei 2025 (Jumaat)
Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: UTM HELIxs, Blok C17, Fakulti Sains.
Sehubungan dengan itu, YBrs. Prof./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk menghadiri ke sesi bengkel ini.
Sebagai makluman, bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengemaskini maklumat program dan info lain yang berkaitan dengan program pascasiswazah di laman sesawang FS dan memberikan latihan kepada staf untuk membuat pembetulan maklumat di laman sesawang FS secara hands-on kepada semua Jawatankuasa Web Jabatan di FS oleh Unit IT FS.
Di samping itu, bengkel ini melibatkan ahli dari dua (2) jabatan iaitu Jabatan Sains Matematik (JSM) dan Jabatan Biosains (JBs) serta dari Pejabat Akademik Pascasiswazah. Segala maklumat yang perlu dikemaskini boleh disenaraikan dalam dokumen ini (Link) untuk dibawa ke sesi bengkel tersebut.