+607-5534043 / 34046 / 33542 fsitservice@utm.my

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada semua staf Fakulti Sains, UTM

Jemputan Menyertai Program Senamrobik dan Lestari Brisk Walk Sempena Program ISES Merdeka

Kami dengan sukacitanya ingin menjemput semua warga Fakulti Sains untuk menyertai program “Senamrobik dan Lestari Brisk Walk” yang akan diadakan sempena sambutan Hari Merdeka tahun ini. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan sesama staf di Fakulti Sains.

Butiran program adalah seperti berikut:

 11 September 2025 (Khamis)
 8.00 pagi – 10.30 pagi
Dataran Fakulti Sains, UTM

 Pakaian: Pakaian Riadah (warna Jalur Gemilang ). Peserta yang memakai pakaian paling menarik akan berpeluang memenangi hadiah pakaian terbaik.

Anda digalakkan untuk membawa bersama bendera Malaysia semasa sesi Brisk Walk.

 

Tentatif Program:

8.00 pagi: Senamrobik

9.00 pagi: Perasmian oleh Dekan Fakulti Sains

9.10 pagi: Brisk Walk (sekitar FS dan Lingkaran Ilmu UTM)

10.00 pagi: Penyampaian Hadiah & Jamuan Ringan

10.30 pagi: Program Selesai

Kami amat menggalakkan penyertaan semua warga fakulti untuk bersama-sama menjayakan program ini. Selain daripada meningkatkan tahap kesihatan, program ini juga merupakan peluang yang baik untuk kita meningkatkan semangat perpaduan dan kenegaraan.