
Adalah dimaklumkan bahawa Karnival Kimia Malaysia Johor 2025 anjuran Institut Kimia Malaysia dengan kerjasama Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh : Sabtu, 27 September 2025
🕘 Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat : Blok T02, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia
Sehubungan dengan itu, semua warga kampus, pelajar, serta orang awam adalah dijemput hadir bagi memeriahkan karnival ini yang bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik, pameran, dan perkongsian ilmu dalam bidang kimia.
Kehadiran dan sokongan anda amatlah dihargai.