+607-5534043 / 34046 / 33542 ugfs@utm.my

 Dimaklumkan bahawa minggu Pengemaskinian Maklumat Kursus (Subjek) / Pensyarah bagi Penilaian Pengajaran Pensyarah secara Elektronik (e-PPP) Semester I Sesi 2019/2020 telah berakhir pada 02 November 2019.

Justeru itu, minggu Penilaian Pengajaran Pensyarah secara Elektronik (e-PPP) bagi Semester I Sesi 2019/2020 telah bermula pada 03 November 2019 sehingga 21 Disember 2019. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak fakulti untuk memaklumkan para pensyarah agar mengingatkan pelajar mereka untuk membuat penilaian tersebut.

Bagi melancarkan lagi proses Penilaian Pengajaran Pensyarah semester ini, disertakan bersama ini poster e-PPP Semester 1 Sesi 2019/2020 untuk kegunaan pihak fakulti dalam mewar-warkan perkara ini.

Undergraduate Studies