Warga BiosAS merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada saintis Ts. Dr. Ummirul Mukminin Kahar dari Institut Genom Malaysia (MGI), Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia, MOSTI yang hadir sebagai panel jemputan khas untuk memberi penerangan tentang Vaksin COVID-19 dalam segmen Malaysia Petang Ini (MPI) di saluran BERNAMA TV.
Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Biologi Industri-2009), Sarjana (Biosains-2012) dan Doktor Falsafah (Biosains-2018), UTM JB.
Syabas Senior, Kami berasa amat bangga dengan kejayaan anda!
#aspire&inspire