+607-555 7549(Office), +607-553 1279(F) bioscdirector@utm.my

Program latihan “ISO9001: Awareness, Documentation and Implementation” anjuran Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia, dengan tajaan Human Resources Development Council (HRDC) dan kerjasama Syarikat Exalt Training & Consultancy Sdn. Bhd., telah berlangsung dengan jayanya di UTM HELIxS sempena National Training Week. Program telah dijalankan pada Sabtu, 29 Jun 2024. Encik K. Puvi, pakar terkenal dalam bidang ISO9001, menyampaikan ceramah dan latihan kepada 30 pelajar tahun akhir (23 dari Jabatan Biosains, 6 dari Jabatan Kimia dan 1 daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal) dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran, kemahiran mendokumentasi, dan pelaksanaan standard ISO9001 serta menambah nilai kepada CV pelajar. Para peserta memberikan komitmen tinggi dan mendapati latihan ini sangat bernilai, membantu mereka dalam persiapan memasuki pasaran kerja dengan kelebihan kompetitif.

#utmbioscience