+607-555 7549(Office), +607-553 1279(F) bioscdirector@utm.my
Beberapa staf Fakulti Sains telah terlibat dalam program TechnoXperience Summer School yang berakhir hari ini, yang merupakan anjuran School of Undergraduate Studies, UTM dan Persatuan Alumni UTM. Program ini membawa lebih daripada 90 pelajar tingkatan 4 dari sekolah-sekolah di daerah Kuala Kangsar, Perak, untuk menjalani pelbagai bentuk modul latihan berkonsepkan #STEM di kampus UTM Johor Bahru.
 
Fakulti Sains telah mengetengahkan dua modul berbentuk multidisiplin, iaitu modul kimia/biosains bertajuk “Pembuatan Pelembap Dengan Bahan Semula Jadi” dan modul fizik/sains matematik bertajuk “Sistem Takal”. Setiap modul melatih enam orang pelajar bersama guru-guru pengiring mereka.
Fasilitator modul kimia/biosains terdiri daripada Dr. Najaa Binti Mustaffa, ChM. Dr. Muhammad Amirul Aizat Bin Mohd Abdah, Dr. Mohd Aizuddin Bin Mohd Lazaldin, dan Ts. Dr. Nor Zalina Binti Othman. Manakala modul fizik/sains matematik dibimbing oleh Dr. Mohammad Izat Emir Bin Zulkifly, Dr. Suzarina Binti Ahmed Sukri, Dr. Siti Sarah Binti Safaai, Prof. Madya Dr. Yeak Su Hoe, Dr. Fairuz Diyana Binti Ismail, Dr. Izyan Hazwani Hashim, Dr. Ang Tau Keong dan Dr. Ahmad Qushairi Bin Mohamad.
 
Fakulti mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan fasilitator yang berdedikasi dan penuh ikhlas menyampaikan segala ilmu #STEM yang ada kepada para pelajar pelapis teknokrat masa hadapan ini. Diharap usaha ini menjadi pendokong kepada inisiatif kerajaan kearah memastikan penglibatan pelajar sekolah di dalam bidang STEM terus berkekalan, demi menjadi negara penyumbang teknologi di masa hadapan.
“Moh le kite belajo STEM di FS UTM”