+607-555 7549(Office), +607-553 1279(F) bioscdirector@utm.my
Program BJB yang dilancarkan pada 17 Mac 2019, dengan kerjasama Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), telah membawa transformasi positif kepada Komuniti Kenari dan Komuniti Jentayu. Inisiatif ini diilhamkan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, dengan fokus pada komuniti digital beretika, persekitaran kejiranan lestari, fasiliti komuniti sejahtera, dan masyarakat berjaya.
Projek kebun komuniti yang dikendalikan oleh Jabatan Biosains, FS, seperti Komuniti Kenari oleh Dr. Huszalina Hussin dan Komuniti Jentayu oleh PM Dr. Norahim Ibrahim di Bandar Kangkar Pulai, mendapat liputan di BERNAMA TV.