+607-555 7549(Office), +607-553 1279(F) bioscdirector@utm.my
Alhamdulillah, ICA UTM Kampus Pagoh bersama Faculty of Science, Universiti Teknologi Malaysia telah menjayakan Bengkel Pemasaran TikTok untuk Usahawan IKS Daerah Tangkak pada hari Ahad, 24 September yang lalu.

Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk meningkatkan hubungan kerjasama dengan industri dan agensi dalam memastikan produk makanan IKS mendapat tempat di pasaran.

Bengkel ini memfokuskan kepada strategi dan teknik penghasilan video user-generated content (UGC) kepada 30 pemilik produk makanan industri IKS.
Program sehingga Disember 2023 ini adalah kerjasama UTM, Kerajaan Negeri Johor dan Pejabat Daerah Tangkak.

Terima kasih tidak terhingga kepada Pengajar Jemputan, Tuan Mohd Noor Azam Ateh yang memberikan komitmen sepenuhnya pada program bengkel ini dan juga siri pemantauan bagi pembangunan pemasaran digital IKS selama tiga bulan.

InsyaAllah, program ini dapat memberikan nilai tambah bukan sahaja daripada segi perancangan pemasaran malah turut dapat meningkatkan hasil jualan produk.

#dariuniversitikepadakomuniti
#inovasipenyelesaian #usahawanIKS
#makmalsatelitinkubatorhalalkampuspagoh #SDGZeroHunger