+607-555 7549(Office), +607-553 1279(F) bioscdirector@utm.my

Projek ini telah dilaksanakan di TADIKA CILIK ALFATEH (CAF) MUTIARA yang terpilih sebagai TADIKA ANGKAT bagi pemindahan ilmu pemakanan sihat melalui pertanian & pengkomposan lestari untuk menjana makanan sendiri. Projek ini melibatkan ushasama Dapur Sihat Masyarakat (DSM), ikon-ikon rendah karbon dari Kampung Maju Jaya dan Jabatan Biosains, Fakulti Sains UTM. Program Fasa 1 merangkumi bimbingan kaedah pertanian dan pengkomposan lestari, cara-cara mudah bercucuk tanam dan juga perkongsian penyediaan makanan sihat oleh ikon rendah karbon DSM yang melibatkan warga Tadika (kanak-kanak, guru-guru dan ibu bapa). Fasa 2 telah dijalankan dengan memperkasakan ibu bapa dan warga Tadika untuk mempraktiskan pemakanan sihat melalui ciptaan resepi sihat. Anggaran sisa makanan yang dijadikan kompos adalah 134.77kg manakala hasil kompos sebanyak 55kg. Sepuluh resepi telah dicipta oleh ibu bapa dan guru Tadika dan diwartakan didalam buku resepi. Bagi menunjukkan impak program, satu buku resepi telah dijana dan 696.45 kg CO2 dapat dijimatkan dalam tempoh 6 bulan.

#utmbioscience