Jabatan Biosains telah menyertai Karnival MSN 2023 sebagai salah satu pempamer. Karnival tersebut yang berlangsung selama dua hari, 19 dan 20 Ogos 2023 adalah anjuran bersama antara MOSTI dan Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama UTM.
Karnival ini telah mendapat penyertaan daripada komuniti setempat yang terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut institusi pendidikan tinggi serta orang awam.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Jabatan Biosains yang terlibat.