+607-555 7549(Office), +607-553 1279(F) bioscdirector@utm.my
Program Projek Low Hanging Fruit (LHF- JIVE) 2023 bagi Daerah Tangkak, di bawah Pegurusan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) iaitu: Program Amalan Pertanian Baik bagi Melestarikan Industri Pertanian Johor (Tangkak) berkerjasama dengan Jabatan Biosains, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia, Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing (ICA), UTM Kampus Pagoh dan Pejabat Pertanian Daerah Tangkak telah mengadakan Kursus Amalan Pertanian Lestari Melalui Penggunaan Teknologi Fertigasi Dan Baja Organik kepada usahawan tani Daerah Tangkak pada 15-16hb Oktober 2023 yang di ketuai oleh Ts Dr Nor Zalina Othman. Program ini melibatkan seramai 25 orang usahawan tani, belia serta guru kemahiran di sekitar Daerah Tangkak. Program ini turut dijayakan bersama dengan Pejabat Daerah Tangkak dan telah diadakan dengan jayanya di UTM Kampus Pagoh.

#dariuniversitikepadakomuniti
#inovasipenyelesaian #MyGAP
#SDGZeroHunger