+607-555 7549(Office), +607-553 1279(F) bioscdirector@utm.my

7 September 2019

Projek Pertanian Bandar : Kebun Komuniti & Pengkomposan di Flat Kangkar Pulai yang merupakan satu lagi projek di bawah inisiatif kejiranan hijau MBIP-UTM-GTALCC dengan kerjasama UNDP dan GEF.

Objektif sesi kali ini adalah untuk suaikenal (ice-breaking) bersama penduduk setempat yang aktif berkebun dan yang mahu mempelajari teknik kompos yang cepat, tidak berbau dan mudah serta praktikal dari segi penyediaan dan teknik. Bahan asasnya adalah dari sisa makanan dan sisa landskap serta tambahan pemangkin pengaktif mikrob dan nyahbau bersama-sama mikrob pencilan UTM.

Program santai pada kali ini mensasarkan nilai tambah kepada kualiti dan gaya hidup komuniti sebagai aktiviti sampingan menghasilkan kompos organik sendiri dan merancakkan aktiviti berkebun yang lebih kondusif dan sihat dengan memanfaatkan ruang sedia ada untuk kesejahteraan bersama.

Pihak MBIP yang turun padang adalah En. Safwan Shaari manakala pihak UTM yang terlibat pada sesi demostrasi kali ini adalah Dr. Huszalina Hussin, P.M. Dr. Madihah Salleh dan Dr Nurriza Ab. Latif.

#KitForEaSYComposting juga diserahkan kepada penduduk terpilih untuk mencuba sendiri penghasilan kompos di rumah masing-masing.

#biosciencesutm
#bioutm
#envbiotech