+607-555 7549(Office), +607-553 1279(F) bioscdirector@utm.my

Tarikh: 21 Mac 2019 (Khamis)

Masa: 2.00 petang -5.00 petang

Tempat: CFIRST S45

T02, Jabatan Biosains, Fakulti Sains, UTM

 

 

Industri Halal dunia dianggarkan bernilai USD 3 Trillion dan sedang berkembang pesat terutamanya di Asia. Sebagai negara yang mempunyai populasi Muslim terbesar didunia, Indonesia sedang giat memantapkan industri halal mereka. Sehubungan dengan itu penubuhan Pusat Halal Universiti Negeri Malang yang baru ingin mencari rakan strategik kerjasama dalam bidang berkaitan. Perbincangan bertujuan mengenalpasti kerjasama yang bakal dilaksanakan seperti berikut:

 

  1. Konsortium HALAL Malaysia-Indonesia
  2. Kerjasama Penyelidikan, Penulisan dan penterjemahan penyelidikan
  3. Pembangunan modul dan makmal HALAL Universitas Negeri Malang

 

Turut hadir bersama ialah Prof Dr. Ibrahim Bafadal (wakil Reaktor bidang kerjasama UM), Dr. Markus Diantoro (Ketua LP2M, UM), Prof. Dr. Heri Praktito (Pengarah Halal Centre UM), Dr. Utomo Pujianto (Ketua Tim Pemeringkatan UM) dan Pn Evi Eliyanah (Direktor Hubungan Internasional UM). Daripada Pihak UTM, Prof. Dr Farahwahida Mohd Yusof (Pengarah CFIRST), P.M Dr. Arieff Salleh bin Rosman (Timbalan Dekan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan), Prof Dr. Hadi Nur (Pengarah Institut Ibnu Sina), Dr. Mohd. Iskandar Ilyas Tan (CEO Holisticslab) P.M Dr Zaiton Abd Majid (Timbalan Dekan, Fakulti Sains), Dr. Mohd Bakri Bakar (Penolong Dekan, Fakulti Sains). Dr Razauden Mohamed Zulkifli (Penyelidik Bersekutu CFIRST, Jabatan Biosains), Dr. Syazwani Itri binti Amran (Jabatan Biosains) dan Dr Zuhra Junaidi Mohamad Husny Hamid (Holisticslab)

 

Dr Razauden Mohamed Zulkifli

Jabatan Biosains, Fakulti Sains, UTM