+607-555 7549(Office), +607-553 1279(F) bioscdirector@utm.my

Sumber: FB MBIP – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

 

7 Ogos 2019

Projek Pertanian Bandar : Kebun Komuniti & Pengkomposan di Kebun Komuniti Taman Sri Orkid bersempena Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Johor 2019

Inisiatif Kejiranan Hijau MBIP-UTM-GTALCC dengan kerjasama UNDP dan GEF.

Objektif sesi demonstrasi kali ini adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada penghasilan baja kompos secara organik daripada sisa landskap dan sisa makanan berasaskan tumbuhan. Teknik yang akan dipelajari ini akan menggunakan sepenuhnya bahan organik yang mempercepatkan proses degradasi melalui tambahan boster dan mikrob pencilan penyelidik UTM serta menyahbau yang kurang menyenangkan hasil dari proses pengkomposan ini.

Komuniti juga didedahkan dengan teknik penanaman hugelculture melalui inisiatif asal MBIP yang akan dijadikan sebahagian model di kawasan kebun komuniti yang menggunakan sepenuhnya sisa terbuang dari mknn dan tumbuhan utk penanaman mampan dan lestari. Projek ini juga mendapat penglibatan daripada penduduk sekitar Taman Sri Orkid dengan kerjasama pihak NGO Tzu Chi yang bertindak menggerakkan gotong-royong komuniti di sini.

Diharapkan kerjasama dan usaha murni pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri melalui Unit Penyelidikan dan Kemampanan dengan kerjasama rapat daripada Universiti Teknologi Malaysia melalui Fakulti Sains akan memberi nilai tambah kepada kualiti dan gaya hidup komuniti yang mengusahakan kebun komuniti dan menjadi ikon kepada kawasan perumahan yang lain dengan membangunkan ruang yang lebih kondusif, ceria, inovatif dan selamat.

Pihak UTM yang terlibat pada sesi bengkel kali ini adalah Dr Huszalina binti Hussin dan Dr Alina binti Wagiran.