Tenaga pengajar program kompos

Tarikh : 2 Disember 2019 (Isnin)

 

Program kerjasama Jabatan Biosains, Fakulti Sains UTM dan MBIP yang terdiri daripada staf Jabatan Landskap, Jabatan Perancangan Pembangunan, Jabatan Kesihatan Awam, Jabatan JPPH, Jabatan Pentadbiran Am, Komuniti Horizon Hill bagi pengkomposan sisa landskap. Tujuan asal untuk membolehkan sisa landskap berskala besar yang dikutip ditukarkan kepada bahan kompos secara maksimum dan seterusnya melestarikan kawasan seliaan MBIP. Hasil pengkomposan akan dianalisa secara saintifik dan menjadi data penyelidikan bersama. Pembangunan kemahiran staf melalui latihan praktikal untuk menghasilkan sendiri pengkomposan, penjanaan pendapatan serta pemindahan ilmu dan pengalaman kepada institusi/badan kerajaan lain.

 

Selamat Maju Jaya, Jabatan Landskap, MBIP. Terima kasih kerana menjemput kami sebagai tenaga pengajar program kompos kali ini.