Upcoming Event: Karnival Kimia Johor 2018

Upcoming Event: KARNIVAL KIMIA JOHOR (K2J) 2018

Tarikh: 22 September 2018 (Sabtu)

Tempat: Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor

 

AKTIVITI

Kimia Interaktif

Pertunjukan Sains

“Meet the Scientist”

Seminar Keselamatan Makmal untuk Cikgu

Lawatan & Demonstrasi Makmal

Demonstrasi Peniupan Kaca

Pameran STEM

Anugerah Guru Inovasi Kimia Johor

Pertandingan: Chemistry in the Garden

Pertandingan: Periodic Table Game

Pertandingan: Crime Scene Investigation

Pertandingan: 3 Minutes Chemistry

 Pertandingan: Chem Demo

Pertandingan : STEM Amazing Race (STEM Mentor-mentee)

Pertandingan: Water Theme Lab (STEM Mentor-mentee)

 

JADUAL PROGRAM

Tarikh/Masa Aktiviti
                                                                   22 September 2018 (Sabtu)
8.30 – 9.00 Pendaftaran
9.00 – 10.00 Meet the Scientist

Kimia Interaktif (sepanjang hari)

Pertunjukan Sains (sepanjang hari)

Lawatan & Demonstrasi Makmal (sepanjang hari)

Demonstrasi Peniupan Kaca (sepanjang hari)

Pameran STEM

10.00 – 12.00 Seminar Keselamatan Makmal untuk Cikgu

Pertandingan: Crime Scene Investigation

Pertandingan: Periodic Table Game

Pertandingan : STEM Amazing Race (STEM Mentor-mentee)

Pertandingan: Water Theme Lab (STEM mentor-mentee)

12.00 – 13.00 Pertandingan: 3 Minutes Chemistry (1)

Pertandingan: Chem Demo (1)

Pertandingan: Chemistry in the Garden

14.00 – 15.00 Pertandingan: 3 Minutes Chemistry (2)

Pertandingan: Chem Demo (2)

15.00 – 16.30 Majlis Penyampaian Hadiah & Majlis Penutup
  • Pihak penganjur akan menyediakan makanan kepada pelajar dan guru pengiring. Oleh itu, setiap sekolah perlu memaklumkan jumlah pelajar dan pegiring yang mengikuti program ini sebelum 13 September 2018 (Ahad) kepada penganjur bagi tujuan tempahan makanan.
  • Pengangkutan tidak akan disediakan oleh pihak penganjur dan adalah di bawah tanggungjawab pihak sekolah.
  • Sijil penyertaan akan disediakan bagi pelajar yang terlibat dalam pertandingan.
  • STEM Amazing Race dan Water Theme Lab merupakan pertandingan khas untuk program Mentor Mentee

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran pertandingan, sila hubungi:

  • Susilawati Toemen (012-7756513) dan Dr Siti Ernieyanti Hashim (013-7474271)

Email: kimiajohor@gmail.com

 

 

MAKLUMAT AKTIVITI DAN PERTANDINGAN

NAMA PERTANDINGAN Pertandingan 3 minutes Chemistry
SINOPSIS Pertandingan ini adalah untuk menguji kemahiran komunikasi pelajar di mana setiap peserta diminta untuk menerangkan konsep/teori kimia dalam bahasa yang mudah difahami. Masa yang diberikan adalah 3 minit setiap peserta. Peserta akan dinilai dari segi kelancaran dan kreativiti dalam penyampaian. Peserta juga dibenarkan untuk membawa bahan bantuan persembahan seperti model, poster dan sebagainya.
SYARAT 1.  Pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Menengah Atas (Tingkatan 4,5,6) dan Menengah Rendah (Tingkatan 1,2,3).

2.  Penyertaan adalah secara individu.

3.  Setiap sekolah boleh menghantar maksimum 5 peserta bagi setiap bahagian.

4.  Masa persembahan adalah 3 minit sahaja. Markah akan ditolak sekiranya masa tidak dipatuhi.

5.  Peserta dari sekolah yang sama tidak dibenarkan untuk memilih konsep/teori kimia yang sama.

6.  Kos perbelanjaan untuk poster dan model ditanggung oleh sekolah masing-masing.

7.  Penilaian adalah berdasarkan kelancaran, penggunaan bahasa, penerangan teori kimia dan kreativiti persembahan.

TARIKH DAN MASA 22 September 2018 (Sabtu)

12.00 – 1.00 tengahari (Menengah Rendah)

2.00 – 3.00 petang (Menengah Atas)

 

 

NAMA PERTANDINGAN Pertandingan CHEMISTRY IN THE GARDEN
SINOPSIS Peserta akan diberikan senarai herba dan mereka dikehendaki mengenalpasti herba tersebut beserta khasiatnya. Peserta juga akan diberikan soalan yang berkaitan dengan permainan ini. Pemenang akan dikira sebagai peserta yang dapat memberikan paling banyak jawapan yang betul.
SYARAT 1.  Pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Menengah Atas (Tingkatan 4,5,6) dan Menengah Rendah (Tingkatan 1,2,3).

2.  Penyertaan adalah secara berkumpulan (2 orang per kumpulan).

3.  Setiap sekolah boleh menghantar 1 kumpulan Menengah Atas dan 1 kumpulan Menengah Rendah.

TARIKH DAN MASA 22 September 2018 (Sabtu)

12.00 – 1.00 tengahari

 

 

NAMA PERTANDINGAN Pertandingan pertunjukan kimia (CHEM DEMO)
SINOPSIS Pertandingan ini adalah untuk menguji kemahiran komunikasi pelajar secara berkumpulan di mana setiap peserta diminta untuk menerangkan konsep/teori kimia dalam bahasa yang mudah difahami dan menarik berdasarkan pertunjukan berasaskan kimia yang mereka bentangkan.

Masa yang diberikan adalah 10 minit setiap peserta. Peserta akan dinilai dari segi kelancaran dan kreativiti dalam penyampaian. Peserta juga dibenarkan untuk membawa bahan bantuan persembahan seperti, alat radas, bahan kimia, model, poster dan sebagainya.

SYARAT 1.  Pertandingan terbahagi kepada 2 peringkat iaitu Menengah Atas (Tingkatan 4,5,6) dan Menengah Rendah (Tingkatan 1,2,3).

2.  Penyertaan setiap peringkat adalah secara kumpulan seramai 2 orang sahaja.

3.  Setiap sekolah boleh menghantar maksimum 1 kumpulan Menengah Atas dan 1 kumpulan Menengah Rendah.

4.  Masa persembahan adalah 10 minit sahaja. Markah akan ditolak sekiranya masa tidak dipatuhi.

5.  Kumpulan dari peringkat berbeza dari sekolah yang sama tidak dibenarkan untuk memilih konsep/teori kimia yang sama.

6.  Kos perbelanjaan untuk pertunjukan ditanggung oleh sekolah masing-masing.

7.  Penilaian adalah berdasarkan kelancaran, penggunaan bahasa, penerangan teori kimia dan kreativiti persembahan.

 

TARIKH DAN MASA 22 September 2017 (Sabtu)

12.00 – 1.00 tengahari (Menengah Rendah)

2.00 – 3.00 petang (Menengah Atas)

 

 

NAMA PERTANDINGAN Pertandingan Periodic Table Game
SINOPSIS Pertandingan ini adalah seperti permainan dam ular dan tangga, tetapi menggunakan petak-petak unsur di dalam jadual berkala unsur. Peserta akan bergerak dari unsur pertama dengan memilih kad unsur yang disediakan. Di samping itu, peserta juga akan diuji dengan soalan yang berkaitan dengan kimia/sains pada petak-petak yang tertentu. Pemenang akan dikira sebagai peserta yang berjaya bergerak ke petak unsur yang paling jauh dalm tempoh masa yang diberikan.
SYARAT 1.  Pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Menengah Atas (Tingkatan 4,5,6) dan Menengah Rendah (Tingkatan 1,2,3).

2.  Penyertaan adalah secara berkumpulan (2 orang per kumpulan).

3.  Setiap sekolah boleh menghantar 1 kumpulan Menengah Atas dan 1 kumpulan Menengah Rendah.

TARIKH DAN MASA 22 September 2017 (Sabtu)

10.00 – 11.00 pagi (Menengah Rendah)

11.00 – 12.00 tengahari (Menengah Atas)

 

 

NAMA PERTANDINGAN Pertandingan Crime Scene Investigation
SINOPSIS Peserta akan berkerja secara berkumpulan untuk menjawab beberapa soalan mudah berbentuk kes di setiap stesen yang menerangkan beberapa konsep dan teknik forensik yang mudah.

Stesen-stesen ini mencakupi (1) cap jari, (2) kesan tapak kasut, (3) kesan dakwat, (4) jenis darah dan (5) rambut. Penerangan asas bagi setiap konsep dan Teknik akan diberikan di setiap stesen.

Setiap jawapan yang betul akan diberikan markah, dan kumpulan dengan markah tertinggi akan memenangi peraduan ini.

SYARAT 1.  Pertandingan ini melibatkan pelajar Menengah Atas (Tingkatan 4,5,6).

2.  Penyertaan adalah secara berkumpulan.

3.  Setiap sekolah boleh menghantar maksimum 3 peserta bagi setiap kumpulan.

4.  Masa yang diberikan untuk menyelesaikan tugasan di setiap stesen adalah 5 minit. Markah akan ditolak sekiranya masa tidak dipatuhi.

 

TARIKH DAN MASA 22 September 2017 (Sabtu)

10.00 – 12.00 tengahari (Menengah Atas)

 

Speak Your Mind

*