Tel: +607-5534274 | UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA | DEPARTMENT OF MATHEMATICAL SCIENCES . FACULTY OF SCIENCE |

Pemenang Anugerah Matematik di anugerah PERSAMA 2016


Seramai 7 orang staf dan pelajar dari Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sainsmerupakan penerima Anugerah PERSAMAdaripada pelbagai kategori di Majlis Makan Malam & Anugerah PERSAMA 2016yang telah diadakan di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu pada 27 September 2016 yang lalu. Majlis tahunan ini diadakan untuk meraikan pelbagai Anugerah berkaitan penulisan dan penyelidikan sebagai penghargaan dan penghormatan kepada ahli sains matematik yang telah bekerja keras menggalak dan memacu pembangunan ilmiah di negara ini khususnya dalam bidang sains matematik.


Kategori Buku (Karya Asli):

Dr. Sharifah Suhaila Syed Jamaludin (Utama)- Penulis Bersama

Buku: Penyurihan Ikhtisar Data Hujan.

Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka

 

PM Dr. Yusof Yaacob (Saguhati)

Buku: Elementary Mathematical Analysis

Penerbit: Universiti Teknologi Malaysia

 

Kategori Makalah Ilmiah: PM Dr. Fadhilah Yusof (Saguhati)- Penulis Bersama

Makalah: Tropical Daily Rainfall Amount Modelling Using Markov Chain-Mixed Exponential (MCME)

 

Kategori Rekacipta Matematik:

Dr. Fong Wan Heng & Dr. Gan Yee Siang  (Utama)

Rekacipta: Magic Star Puzzle for Educational Mathematics

 

Dr. Ali Hassan Mohamed Murid & Lee Khiy Wei (Saguhati)

Rekacipta: Graphical User Interface for Conformal Mapping-Based Image Processing


PERSAMA merupakan sebuah persatuan berdaftar dengan tujuan penubuhan untuk meningkatkan kegiatan kesarjanaan ahli sains matematik Malaysia dan mengukuhkan pendidikan matematik di Malaysia. Keahlian PERSAMA berjumlah lebih daripada 1000 orang, terdiri daripada kalangan ahli sains matematik  dan guru-guru matematik di sekolah seluruh Malaysia.

Majlis Makan Malam & Anugerah PERSAMA 2016 ini telah dianjurkan bersama oleh Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) .