Klinik Permohonan Biasiswa MYBRAIN 2018



Klinik Permohonan Biasiswa MYBRAIN 2018 peringkat *Jabatan Sains Matematik* akan diadakan pada tarikh berikut:

Tarikh : 20 Mac 2018
Masa : 11:00am – 5:00 pm
Tempat : Makmal Komputer 2, Blok C22-Aras 3

Klinik ini bertujuan untuk membantu para pelajar yang menghadapi masalah dalam proses permohonan MyBrain. Berikut adalah perkara yang akan ditekankan sepanjang klinik :
1. Surat tawaran melanjutkan pengajian.
2. Penyediaan proposal.
3. Pemilihan program/bidang/penyelia

Sedikit maklumat berkenaan Mybrain bagi pelajar yang kini berada dalam semester 2 2017/18:
1. Semester akhir Sarjana Muda:
Cgpa 3.75 ke atas untuk fast track MyPhD, Cgpa 3.00 ke atas untuk MyPhD & MyMaster.
2. Pelajar semester akhir Sarjana untuk melanjutkan pengajian PhD.
3. Pelajar kanan Phd semester 2 ke bawah .
4. Pelajar kanan Sarjana (mixed mode atau penyelidikan) Semester 1 ke bawah.

Klinik ini terbuka pada semua pelajar Prasiswazah semester akhir serta mana-mana pelajar seperti senarai di atas. Mohon jasa baik pihak Prof./ Dr. untuk memaklumkan pada mana – mana pelajar yang berkaitan.