+607-5534043 / 34046 / 33542

Penarafan Tier 4 untuk Fakulti Sains

 

Fakulti Sains telah mendapat penarafan Tier 4 (SETARA) untuk Anugerah Kualiti Akademik pada tahun 2014. Penarafan tersebut telah diumumkanĀ  di Perhimpunan Naib Canselor pada bulan Julai 2015 yang lepas. Penarafan ini diberikan kepada organisasi dalam UTM setelah melalui audit yang ketat oleh panel penilai.

Proses penilaian yang telah dilalui adalah seperti berikut.
  1. Proses Penilaian dibuat melalui kaedah penilaian oleh Panel Penilai yang dilantik oleh Pengerusi, JK Anugerah Kualiti dengan persetujuan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan);
  2. Panel Penilai bertanggungjawab:
  1. Menyemak dan menyenarai pendek permohonan.
  2. Menilai organisasi yang disenarai pendek.
  3. Membuat lawatan pemeriksaan ke organisasi bagi mengesahkan maklumat dan data serta penjelasan yang diperlukan.
  4. Menilai pembentangan oleh calon pemenang.
  5. Membuat lawatan validasi.
  6. Membuat keputusan pemenang AKA dan memperakukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Citra Karisma UTM.
Maklumat lanjut di sini.