Program lawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Azman Haji Mokhtar ke Fakulti Sains telah berlangsung dengan jayanya pada 24/11/2021.
Program tersebut merangkumi sesi taklimat kejayaan dan perancangan Fakulti, sesi perkongsian YBhg Tan Sri dan dialog bersama pengurusan Fakulti, kunjungan ke pameran penyelidikan komersialiasi dan komuniti, serta lawatan ke makmal penyelidikan kerjasama Fakulti-Industri.
Semoga lawatan ini dapat memberikan inspirasi dan panduan untuk seluruh warga Fakulti Sains memacu kejayaan dan kecemerlangan yang berterusan #KeranaTuhanUntukManusia
Fakulti Sains merakamkan setinggi penghargaan kepada tetamu program, YBhg. Tan Sri Azman Haji Mokhtar; wakil pengurusan Universiti, Prof. Ts. Dr. Hamdan Ahmad yang merupakan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan); pegawai khas universiti, En. Jaffrey Samsul Bahrin; seluruh warga universiti yang terlibat, ahli jawatankuasa program dan #keluargaFakultiSains