Assalamualaikum / Salam Sejahtera,
YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Saudara,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains (FS) dengan kerjasama Majlis Profesor UTM (MPUTM) akan menganjurkan Program Wacana Intelektual Madani Bil. 5/2026 seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 13 Mei 2026 (Rabu)
Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat: Dewan Bankuet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru
Tema: Sains dan AI: Ke Arah Penyelidikan Interdisiplin Berimpak Tinggi
Kod Pakaian: Pakaian Kerja
Program wacana ini menampilkan tiga orang panel jemputan yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing, iaitu YBhg. Dato’ Dr. Bugs Tan Yeow Kiang (Penasihat Sains kepada Pejabat Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang), YBrs. Puan Hazami Habib FASc (Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Sains Malaysia), dan YBrs. Prof. Ts. Dr. Muhammad Hisyam Lee FASc FAPM (Profesor Bidang Sains Matematik, FS UTM). Wacana ini akan dikendalikan oleh YBrs. Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin sebagai moderator, seorang tokoh akademik yang berpengalaman luas dan berwibawa dalam bidangnya.
Sehubungan itu, warga Fakulti Sains dengan sukacitanya menjemput semua warga UTM untuk hadir ke program ini.
Segala perhatian dan sokongan YBrs. Prof/Prof.Madya/Dr./Saudara amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
UTM Open Day