Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 

JEMPUTAN KE JERAYAWARA PENDAFTAR UTM KE FAKULTI SAINS

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa satu program Jerayawara Pendaftar UTM ke Fakulti Sains  yang akan diadakan seperti di bawah:

  • Tarikh: 15 Jun 2026 (Isnin)
  • Masa: 10.15 pagi
  • Tempat: Bilik Kuliah C19-314

Kehadiran adalah DIWAJIBKAN kepada semua staf Fakulti Sains.

 
Objektif program Jerayawara :-
1. Memberi Penerangan Menyeluruh dan terperinci mengenai dasar, hala tuju dan inisiatif terkini UTM dalam ASEND 2030.
2. ⁠Meningkatkan Kesedaran: Memupuk kesedaran tentang isu-isu semasa di Univeristi dan negara.
3. ⁠Membina Kerjasama dan mengukuhkan hubungan strategik dan kerjasama antara Jabatan Pendaftar dengan Fakulti Sains.
4. ⁠Mendapatkan maklum balas di peringkat Fakulti Sains secara langsung mengenai ASEND dan isu-isu semasa.
 
Tentatif Program:
  • 10.15 pagi : Kehadiran Staf dan Pendaftaran
  • 10.30 pagi : 
  • Ketibaan Pendaftar UTM, Y. Bhg. Dato’ Dr. Mohd Sharil Abdullah
  • Aluan Pengerusi Majlis
  • Bacaan Doa oleh En. Atraz Omar
  • Ucapan Aluan Dekan, YBrs. Prof. Madya Dr. Shafinaz Shahir
  • Ucapan Pendaftar UTM, Y. Bhg. Dato’ Dr. Mohd Sharil Abdullah
  • Sesi Soal Jawab Staf
  • Sesi Penyampaian Cenderahati
  • Sesi Bergambar
  • 12.00 t/hari : Majlis bersurai
Segala perhatian dan kehadiran YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 

Malaysia Madani”

 

“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”

 
UTM Open Day