Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan mengadakan Majlis Hooding Ceremony bagi Pelajar Pascasiswazah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap pencapaian serta kecemerlangan akademik para graduan pascasiswazah.

Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan, dedikasi dan komitmen para pelajar dalam menempuh perjalanan akademik serta menyumbang kepada kecemerlangan ilmu dan penyelidikan.

Sehubungan itu, semua pelajar pascasiswazah yang terlibat adalah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan majlis yang penuh bermakna ini.

Tema Majlis:
Celebrating Excellence, Inspiring the Future

Kerjasama dan kehadiran semua pihak amatlah dihargai bagi menyerikan majlis ini.

Sekian, terima kasih.

FAKULTI SAINS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTM Open Day