PEMAKLUMAN MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKAN & HADIAH KECEMERLANGAN AKADEMIK FAKULTI SAINS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-70 UTM
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Dekan & Hadiah Kecemerlangan Akademik Fakulti Sains bersempena dengan Majlis Konvokesyen UTM Ke-70.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada para graduan serta pelajar Fakulti Sains yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik. Penganjuran majlis ini juga bertujuan meraikan usaha, dedikasi dan komitmen warga akademik dalam mencapai kecemerlangan.
Butiran majlis adalah seperti berikut:
đź“… Tarikh: 16 November 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 2.00 petang
📍 Tempat: Dewan Kencana Puri, Pulai Spring Resort
Sehubungan itu, semua penerima anugerah, warga Fakulti Sains serta pihak yang berkenaan dijemput untuk hadir bagi bersama-sama memeriahkan majlis yang penuh bermakna ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah atas kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai.
… Where Great Minds Are Nurtured.
Sekian, terima kasih.
FAKULTI SAINS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA