
๐๐๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ! ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐จ๐ง๐ฃ๐๐ค ๐ค๐ ๐๐๐๐ฎ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ค๐-๐๐๐ ๐๐ฎ๐ง๐ข๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ ๐๐จ๐ซ๐ฅ๐ ๐๐ง๐ข๐ฏ๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ฒ ๐๐๐ง๐ค๐ข๐ง๐ ๐ฌ ๐๐๐๐
Assalamualaikum wrbt, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI, & Salam UTM Sanjungan Bangsa.
Seluruh Warga UTM yang dihormati,
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melonjak ke kedudukan ke-153 dunia dalam QS World University Rankings (QSWUR) 2026 dengan peningkatan sebanyak 28 anak tangga berbanding tahun sebelumnya dan 50 tangga sejak 2023. Pencapaian membanggakan ini sekali gus menempatkan UTM dalam kelompok 10.2% teratas universiti terbaik dunia.
Pencapaian ini juga merupakan bukti dan manifestasi terhadap komitmen bersama seluruh warga UTM dalam memperkukuh reputasi akademik, impak penyelidikan, jaringan antarabangsa, dan keterlibatan industri.
Antara sorotan utama pencapaian UTM bagi edisi tahun 2026:
โข International Research Network melonjak 112 tempat dan #3 terbaik di Malaysia.
โข Citations per Faculty meningkat 45 tempat dan #3 terbaik di Malaysia.
โข Academic Reputation meningkat sebanyak 8 tempat, refleksi kepada pengiktirafan global yang semakin kukuh.
โข Faculty-Student Ratio melonjak 28 tempat dan mencerminkan kualiti pengajaran yang sentiasa diperkasakan.
โข International Student Diversity: Kedudukan ke-132 dunia, dengan komuniti pelajar dari 85 negara.
Sebagai antara universiti penyelidikan unggul dan tersohor di Malaysia, UTM terus komited untuk “Menginovasi Penyelesaian Lestari” berpaksikan moto โKerana Tuhan untuk Manusiaโ โ memastikan ilmu dan inovasi memberi manfaat kepada masyarakat dan dunia sejagat.
Semua sedia maklum, usaha ini, adalah usaha berterusan, bermula daripada Allahyarham Tan Sri Ainuddin Wahid, pengasas dan Naib Canselor pertama UTM telah meletakkan asas yang kukuh.
Ini diikuti oleh kepimpinan Naib-Naib Canselor seterusnya iaitu, YBhg. Datuk Prof. Dr. Muhammad Ridzuan Haji Salleh (Mengukuhkan Jati Diri), YBhg.Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin Idrus, (Meningkatkan Kerjasama Dengan Industri), YBhg.Tan Sri Prof. Emeritus Ir. Dr. Mohd. Zulkifli Tan Sri Mohd Ghazali (Meletakkan Gagasan Universiti Kelas Dunia), YBhg.Datoโ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang (Transformasi UTM sebagai Universiti Penyelidikan), YBhg.Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar (Mengukuhkan Kemampanan Universiti), YBhg.Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail (Pengukuhan Penyelidikan dan Inovasi Penyelesaian kearah Impak Positif), hingga membawa ke peningkatan tertinggi. Ini adalah hasil perjalanan yang panjang. Legasi budaya kecemerlangan UTM.
Kejayaan ini juga semestinya adalah hasil usaha gigih dan dedikasi seluruh warga UTM, staf akademik, pentadbiran, pelajar, alumni serta rakan kerjasama global kita.
Marilah kita bersatu hati dan berusaha lebih gigih untuk masa depan yang lebih ungul dan gemilang sebagai sebuah universiti Sanjungan Bangsa.
Terima kasih kepada semua.
Kerana Tuhan untuk Manusia
UTM Menginovasi Penyelesaian Lestari
#utmvc8
#keranatuhanuntukmanusia
#menginovasipenyelesaianlestari