🌐 INTERNATIONAL SEMINAR ON MATHEMATICS IN INDUSTRY 2026 (ISMI 2026) 🌐

“Mathematical Foundations of AI Empowering Tomorrow’s Industry”

Sukacita dimaklumkan bahawa Department of Mathematical Sciences, Faculty of Science, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama UTM-Centre for Industrial and Applied Mathematics (UTM-CIAM) akan menganjurkan International Seminar on Mathematics in Industry 2026 (ISMI 2026).

Program ini turut menampilkan 2nd Malaysia–Japan Symposium on Mathematical and Statistical Modelling (MJSMSM 2026), yang menghimpunkan para akademik, penyelidik, profesional industri serta pelbagai pihak berkepentingan bagi berkongsi ilmu, idea dan perkembangan terkini dalam bidang matematik, statistik, pemodelan serta aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam industri.

📅 Tarikh: 2 – 3 September 2026
📍 Tempat: Pulai Springs Resort, Johor Bahru, Malaysia

🎯 Fokus Seminar:
Mathematical Foundations of AI Empowering Tomorrow’s Industry

Program ini merupakan platform berimpak untuk:
🔹 Perkongsian ilmu dan hasil penyelidikan terkini
🔹 Membincangkan aplikasi matematik dan statistik dalam industri
🔹 Meneroka peranan AI dalam pembangunan industri masa hadapan
🔹 Memperkukuh jaringan kerjasama Malaysia–Jepun
🔹 Membina hubungan strategik antara institusi akademik dan pihak industri

🤝 Jom bersama-sama menyokong dan menyertai ISMI 2026 dalam meneroka bagaimana matematik, statistik dan kecerdasan buatan dapat membentuk masa depan industri yang lebih inovatif dan berdaya saing!

🔗 Maklumat lanjut: science.utm.my/ismi2026

#ISMI2026 #InternationalSeminar #MathematicsInIndustry #MJSMSM2026 #UTM #FacultyOfScience #Mathematics #Statistics #AI #Innovation #MalaysiaJapan

UTM Open Day